Assalamualaikum...ahli Syurga yang membaca blog saya ini....
hari ini saya nak terangkan kelebihan ayat al-quran...
hari ini saya nak terangkan pasal surah al-fatihah...
KELEBIHAN AYAT-AYAT DALAM AL -QURAN
1. SURAH AL-FATIHAH
Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, dan sebagainya wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.
Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.
Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
sebelum tidur lebih baik kita amalkan agar malapetaka boleh dielak..
insha-allah saya akan beritahu pasal surah lain setelah saya ada masa yang terluang.
Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....
SEMOGA BERJUMPA LAGI PADA HARI AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment